Penyediaan sajian pencuci mulut yang menyelerakan di dapur sendiri pasti memberi kepuasan di hati. Senyuman yang terpancar dari ahli keluarga dan rakan taulan semasa dijamu mengundang motivasi untuk kita konsisten menghasilkan sajian buatan sendiri di masa hadapan. Penulis berharap rakan-rakan pembaca dapat membina minat dan mencari ruang masa untuk mencuba semua resepi di dalam e-buku ini. Semoga bermanfaat!